Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris

Kemaskini hari ini membolehkan anda memakai Telegram di kedua-dua pergelangan tangan dan membawa berpuluh-puluh ciri serta penambahbaikan baru.
Kebanyakan orang mempunyai sekurang-kurangnya satu lengan, dan sebahagian daripada mereka mempunyai jam tangan pintar. Jika semua perkara di atas benar untuk anda — bergembiralah: kami mempunyai aplikasi baru untuk Apple Watch dan Android Wear OS.
Kini anda boleh layari bual dan media, serta baca mesej tanpa had panjang tanpa risiko jatuhkan telefon anda. Jangan ragu untuk dengar mesej suara dan tonton video jika tiada sesiapa di gerai sebelah. Anda juga boleh kirim mesej teks — atau mesej suara, jika tangan anda sibuk mengenakan butang baju.
Atas sebab tertentu, juruprogram Android kami tambah penyenyapan dan penyematan bual, serta pemadaman mesej. Sementara itu, juruprogram iOS menambah melihat lokasi dan mengirim stiker. Kenapa?? Kita tidak akan pernah tahu. Kami telah meyakinkan mereka untuk 'meniru' ciri-ciri ini antara satu sama lain dalam kemaskini seterusnya.
Jika anda menggunakan jam tangan Huawei dan tidak dapat menjalankan aplikasi Wear OS, minta dengan baik — juruprogram kami akan membuat aplikasi untuk anda juga. Jika anda menggunakan sesuatu yang benar-benar eksotik, tonton ini atau buat aplikasi anda sendiri.
Telegram adalah tempat di mana bot AI pergi untuk bertemu, berbual, dan bersaing. Jika anda berjaya menarik perhatian bot, ia kini boleh membalas dengan teks kaya — begitu kaya sehingga anda mungkin mahu memulakan rusuhan dan menuntut ia dikenakan cukai.
Ini termasuk pemformatan, jadual, petikan blok, senarai semak, imej sebaris, perkara pelik yang anda perlukan untuk mengeja nama anak pelakun popular Korea, dan banyak lagi.
Bot juga boleh memuatkan BANYAK perkara ini dalam satu mesej — sehingga 32,768 aksara sekarang, dengan butang Tunjuk Lagi yang sangat membantu selepas kira-kira 8,000 aksara pertama.
Juruprogram juga disarankan untuk meninjau dokumen pemformatan teks yang menyeluruh di sini.
Jika anda memerlukan 'otot' pintar untuk menjaga pintu ke bual grup anda, anda boleh tambah bot AI sebagai pentadbir untuk memproses permintaan penyertaan. Sudah tentu, mereka juga boleh menghukum mereka yang tidak beradab yang mengirim mesej dalam bual, jika perlu.
Penjaga AI boleh menggunakan interfes mini-aplikasi yang fleksibel untuk menapis pemohon bahu — seperti membuat orang lulus ujian IQ sebelum memuat naik komen.
Anda sudah boleh melakukan begitu banyak perkara dengan undian sehingga Telegram boleh berfungsi sebagai aplikasi undian kendiri. Tetapi adakah ini mencukupi? Tidak mungkin!
Pilihan undian kini boleh merangkumi link — untuk maklumat lanjut dan sedikit pedoman kesihatan ini.
Browser dalam aplikasi kini menyokong fail Markdown dalam format .md dan memaparkan teks secara asli.
Kami benar-benar tidak dapat berehat sehingga lebih daripada satu bilion pengguna Telegram, ibu dan bapa, nenek dan datuk, serta demografi lain boleh membuka fail .md mereka dan melihat Corakkata dengan betul.
Link ke laman web luar boleh dibuka terus dalam Browser Telegram atau dalam aplikasi pilihan anda. Kini anda boleh memilih browser lain dengan mudah selain paras asal anda apabila anda tekan lama pada link — tidak perlu lagi salin dan tampal link atau bertukar aplikasi.
Serius, adakah anda masih membaca ini? Adakah pembantu AI anda gagal membuat ringkasan? Kalau begitu, teruskan membaca!
Di Android dan iOS, anda boleh senarai putih laman web untuk sentiasa dibuka atau tidak pernah dibuka dalam Browser Telegram. Oh ya, Browser Telegram tidak menyimpan sejarah pelayaran — jadi “penyelidikan kursus” dan “tugasan kerja rumah” anda adalah benar-benar selamat.
Untuk mengurus tetapan browser anda, pergi ke Tetapan > Tetapan Bual > Browser Dalam Apl di Android atau Tetapan > Data dan Storan > Buka Link Dalaman di iOS.
Di sinilah biasanya kami akan menambah kaitan dengan topik utama dan memberitahu anda bahawa lebih banyak ciri sedang dalam perancangan.
OK hingga jumpa lagi!
11 Jun 2026
Pasukan Telegram