Stiker Video, Reaksi Lebih Baik dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Stiker Video, Reaksi Lebih Baik dan Lagi

Kemaskini kali ini memperkenalkan stiker video yang mudah untuk dicipta, reaksi yang lebih baik dengan animasi yang lebih padat dan emoji ekstra, butang untuk pratonton reaksi belum dilihat, navigasi di antara bual yang lebih baik dan banyak lagi.

Stiker Video

Stiker beranimasi Telegram mempunyai kualiti dan kecekapan yang tiada tandingnya – memerlukan kurang dari 30 KB data bagi setiap stiker. Walaubagaimanapun, mencipta stiker sedemikian rupa memerlukan pengalaman dan perisian khusus seperti ‘Adobe Illustrator’.

Hari ini, kami memperkenalkan sokongan untuk stiker dari video biasa, supaya semua pengguna boleh dengan mudah mencipta stiker beranimasi secara terperinci dengan menggunakan mana-mana perisian menyunting video.

Seperti biasa, anda boleh menerbit pek anda dengan bot @Stickers – atau tambah setengah dari set baru dicipta oleh orang lain. Apa jua anda lakukan, jangan sesekali lihat ke belakang ke arah tomato.

Sila rujuk kepada Manual Stiker Video untuk maklumat lanjut.

Juruprogram boleh guna API Stiker Import untuk rekaan aplikasi perkasa bagi mencipta dan mengimport stiker ke Telegram.

Reaksi Lebih Baik

Reaksi kini boleh mempunyai lebih banyak animasi padat. Untuk kirim dengan kesan yang lebih besar, tekan dan tahan pada reaksi di menu.

Seperti emoji interaktif, reaksi kini disegerakkan, supaya penerima mesej anda akan dapat melihat animasi secara langsung.

Reaksi diguna bukan hanya untuk melahirkan emosi, tetapi juga untuk menjawab soalan dan menunjuk pengiktirafan – itulah sebabnya kini mereka mempunyai status dilihat. Seperti untuk balasan atau seru @, butang baru ♡ akan terpapar bila mesej anda mempunyai reaksi belum dilihat.

Reaksi Baru dan Emoji Interaktif

Kemaskini ini juga memperkenalkan 5 reaksi baru 🥰🤯🤔🤬👏 untuk membantu anda berbincang dari filem Pendekar Bujang Lapuk hinggalah ke berita ekonomi global.

Reaksi ini juga boleh dikirim sebagai emoji interaktif. Kirim satu 🥰🤯🤔🤬 atau 👏 ke mana-mana bual peribadi, kemudian tekan pada emoji beranmimasi untuk menghasilkan kesan skrin penuh yang disegerakkan.

Navigasi Bual Terbaru

Bila meloncat di antara saluran belum dibaca atau bergerak di antara bual, tekan dan tahan butang ‘Kembali’ untuk kembali ke bual tertentu. Membuka bual dari mesej dimajukan, link, nama samaran, profil dan lain-lain akan menambahkan mereka ke senarai.

Menghapus Kutu dan Lagi

Juruprogram kami mengambil masa dua minggu di bulan Januari khusus untuk mengatasi keseluruhan isu yang diketahui yang terdapat pada aplikasi Telegram. Di antaranya, mereka menaik taraf kualiti panggilan, menambah sokongan untuk penterjemahan hingga ke laman Paparan Segera (dan bios di iOS), menambah opsyen untuk kirim mesej senyap dari perkongsian menu dan berdozen penambahbaikan lain.

Di iOS, anda juga akan lihat animasi baru bila menekan ikon di bar tab.

Dan itu sahaja untuk hari ini. Kami akan tangguhkan beberapa ciri untuk bulan Februari.


31 Januari, 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain