Penyunting Video, Foto Animasi, GIF Lebih Baik dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Editor Media Baru, GIF lebih baik, dan Banyak Lagi

In 2015, Telegram memperkenalkan Editor foto yang paling hebat untuk dilaksanakan di aplikasi pemesejan, membolehkan anda menambah baik kualiti imej dan menambah lukisan, stiker dan teks ke gambar. Hari ini kami menaik taraf editor media bersama sokongan untuk stiker beranimasi dan penyuntingan video.

Anda kini boleh memperbaiki kualiti video secara automatik dalam dua sentuhan - atau tukar secara manual sedozen parameter, seperti kecerahan atau ketepuan, sehingga anda betul-betul berpuas hati.

Untuk ketepatan berus cat yang sempurna, zum masuk ke foto atau video bila melukis di atas mereka untuk dapat setiap garisan yang tepat. Ciptaan solekan anda - atau bentuk misai rakan kelas anda - tak akan nampak seperti biasa lagi.

Stiker Beranimasi atas Media

Yang paling penting, anda kini boleh tambah stiker beranimasi di mana-mana foto atau video - sekirannya anda sedang mencari cara untuk menghias meja makan anda dengan twerking cherries. Meletak stiker beranimasi di gambar akan menukarnya ke GIF:

Bercakap tentang GIF

Panel GIF telah dinaik taraf dengan seksyen Tren dan tab berasaskan emoji yang merangkumi kebanyakan emosi popular. Anda tidak perlu lagi berkelahi dengan perkataan untuk mencari Siti Nurhaliza 🙄

Kami juga telah menambah baik masa muatan untuk GIF di panel, agar anda dapat menjumpai GIF dengan tepat dan pantas. Tahan atas mana-man GIF yang anda belum kirim sebelum ini untuk simpan ke tab Terbaru anda untuk kegunaan di lain masa.

Folder Fleksibel

Jika anda punyai banyak chat dan guna folder, tahan atas mana-mana chat dalam senarai untuk menambahnya ke mana-mana folder anda. Ini juga untuk tujuan menghapus chat dari folder. Panggilan terakhir untuk pembersihan!

Menu opsyen chat dengan 'Tambah ke Folder' diserlahkan.

Beg Hadiah Android

Pengguna Android ada beberapa ciri tambahan untuk jadikan aplikasi mereka lebih canggih. Mesej sekarang akan dikirim, disunting dan dihapus dengan animasi lancar baru. Kami juga telah tambah baik pemain video untuk pastikan kontrol dan kapsyen panjang boleh diketepikan dengan pantas. Video yang pendek dari 30 saat kini akan dikitar secara automatik.

Muka pengguna Pengurusan kac untuk Android juga ada penambahbaikan. Bukan sahaja anda boleh simpan bekas tapak storan anda dengan begitu kecil - anda boleh laksanakan dengan bergaya. Lihat Aturan > Data dan Storan > Kegunaan Storan.

Akhir kata, anda nampak monyet? Anda ketahui bahawa melindungi akaun anda dengan kata laluan Verifikasi Dua Langkah adalah satu idea yang bijak, namun kami fikir kami dapat tidur nyenyak jika kami tahu monyet sedang memerhati proses ini. Tidak, ini bukannya mesej berkod, sila fikirkan sendiri maksud kami.

Dan itu sahaja untuk hari ini. Nikmati perlaksanan meme pasca ironis dengan alatan baru sementara kami kembali ke penjara bawah tanah untuk kami sambung kerja kami yang 'anda-tahu-apa' (dan bukan itu sahaja).


5 Jun 2020
Pasukan Telegram