Pembuat Foto Profil, Terjemah Keseluruhan Bual, Kategori Emoji dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Pembuat Foto Profil, Kategori Emoji, Terjemah Keseluruhan Bual, dan Lagi

Kemaskini Telegram pertama untuk tahun 2023 menambah 10 ciri perkasa sebagai permulaan pemanasan badan.

Pembuat Gambar Profil

Anda boleh dengan pantas menukar mana-mana stiker atau emoji beranimasi kepada gambar profil untuk akaun, grup atau saluran. Semua boleh mengguna emoji beranimasi dan emoji tersuai untuk gambar tersebut, walaupun jika mereka tidak mempunyai Telegram Premium.

Anda boleh set atau saran foto profil untuk kenalan anda – cuba sunting info kenalan di Telegram.

Premium Menterjemah Keseluruhan Bual

Pengguna Premium kini boleh terjemah keseluruhan bual, grup dan saluran secara langsung dengan menekan bar Terjemah di bahagian atas. Menu opsyen membolehkan anda menyembunyi bar dan mengawal bahasa apa yang hendak diterjemahkan.

Semua pengguna boleh terjemah mesej dengan memilih dan menekan 'Terjemah Mesej.

Kategori Emoji

Stiker dan emoji kini tersusun mengikut kategori seperti 👍 ❤️ atau 💤 di panel bila memilih reaksi atau status. Tekan lama pada mana-mana emoji untuk zum ke dalam dan dapatkan paparan yang lebih menarik sebelum mengirim.

Pengguna Telegram boleh kirim lebih dari satu juta stiker dan emoji berlainan, namun memilih yang mana satu bukanlah bererti suatu pekerjaan sepenuh masa.

Kegunaan Rangkaian

Anda boleh lihat berapa banyak data yang telah diguna oleh Telegram dengan carta pai terperinci untuk Wifi dan data mudah alih – dan tukar aturan muat turun auto anda untuk menyesuaikan pelan data anda.

Kegunaan Storan menerima kemaskini yang sama pada bulan lepas. Dengan prestasi sebegini, kami lambat laung akan ketandusan apa yang boleh dipaparkan sekemas carta pai dan kami sebenarnya belum sampai ke tahap itu lagi.

Simpan Auto Media Masuk

Anda boleh kawal bila media disimpan secara automatik ke galeri anda berdasarkan saiz, jenis dan bual mana ianya diterima dari. Menu ini kini menyokong pengecualian, agar anda boleh simpan tepat pada keinginan anda.

Dengan Telegram, anda tidak perlu simpan kesemuanya di peranti anda. Media dan dokumen boleh dikeluarkan dari storan fon anda dan dimuat turun dari awan Telegram pada bila-bila masa.

Permisi Media Terperinci

Pentadbir boleh memilih samada ahli grup dibenarkan mengirim 9 jenis media berlainan – seperti foto, mesej suara atau mesej video. Mereka juga boleh nyahdaya mesej teks untuk jadikan grup hanya mengandungi media.

Akhirnya, berkomunikasi hanya dengan GIF atau hanya kuiz tercapai tanpa campur tangan kerap oleh pentadbir.

Langganan Tahunan Premium

Anda boleh jimat hingga 40% untuk langganan Premium Telegram Premium anda dengan pra bayaran untuk satu tahun ciri eksklusif.

Langganan Tahunan Premium

Memandangkan kini anda mempunyai langganan satu tahun ke depan, kenapa tidak hadiahkan beberapa bulan langganan untuk sahabat handai juga?

Pilihan Bual untuk Bot

Juruprogram bot boleh tambah butang khas yang akan membantu pengguna memilih grup, saluran atau pengguna yang memenuhi kriteria tertentu.

Sebagai contoh, ini boleh digunakan dengan pantas untuk menambah bot ke grup di mana pengguna adalah pentadbir dan tajuk didayakan.

Juruprogram bot boleh mendapat maklumat lebih lanjut di manual dan di @BotNews.

Log Masuk Semula dengan ID Apple dan Google

Pengguna yang telah log keluar boleh dengan pantas log masuk kembali dengan menggunakan ID Apple atau Google mereka tanpa memasuki kod SMS ID. Jika anda telah set kata laluan Verifikasi 2 Langkah, anda masih perlu memasuki kod SMS.

Emoji Tersuai Baru

Tiada kemaskini yang lengkap tanpa 10 pek baru emoji tersuai dari artis Telegram. Kali ini kami memasukkan beberapa ratus ikon direka khas untuk grup dan gambar profil.

Anda boleh melayari dan tambah mana-mana pek ini terus dari seksyen bertren di bahagian atas panel emoji anda.

Emoji Interaktif Baru

Juruanimasi kami menambah versi interaktif baru 🦄 🙊 💊 😘 💘 🙉. Kirim mana-mana mereka dalam bual 1-dengan-1, kemudian tekan untuk mengeluarkan kesan skrin penuh untuk anda dan rakan bual anda. Semua pengguna juga boleh mengguna emoji ini sebagai reaksi.


Benarkah kami mendengar 'dapatkan rehat yang mencukupi'? Sudah terlambat, kami telah pun memulakan kerja kami untuk menyediakan kemaskini seterusnya.


4 Februari 2023
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024

미니 앱 바, 미디어 광고, 스토리 검색 등 더 보기

6월 업데이트에서는 미니 앱을 최소화하여 컴팩트 바로 만드는 방법을 추가하고, 콘텐츠 제작자가 유료 사진 및 동영상으로 채널을 수익화할 수 있도록 도우며, 해시태그 또는 위치로 검색하고 새로운 링크 위젯을 도입하여 스토리를 개선할 수 있게 됩니다.
30 Jun 2024