Video Profil, Perkongsian Fail 2GB, Statistik Group, Penambahbaikan Orang Berdekatan dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Video Profil, Penambahbaikan Orang Berhampiran, Perkongsian Fail 2 GB dan Lain-lain.

Pembaharuan hari ini membawakan Video Profil bersama dengan ciri Orang Berdekatan, perkongsian fail tanpa had sehingga 2 Gigabait setiap satu, gambar kecil mini untuk senarai chat anda dan notifikasi, statistik group dan banyak lagi.

Video Profil

Anda kini boleh memuat naik video ke profil anda - dan memilih bingkai yang anda suka untuk gambar profil statik anda dalam chat. Tangkap gambar anda sedang beraksi, atau mengedipkan mata dan melambai pada seseorang seperti anda dalam foto ajaib dari Harry Potter.

Sama seperti apa sahaja video yang anda muat naik, penyunting media kami akan membantu anda meningkatkan kualiti - atau menghiasi diri anda dengan stiker beranimasi.

Apabila suasana hati anda berubah, anda dapat dengan cepat menukar kembali ke foto atau video profil sebelumnya dengan mengetuk 'Set sebagai Utama'. Elok untuk kembali ke masa lampau dan sentiasa kelihatan muda.

Kulit Dilembutkan

Bercakap tentang penyunting media, mana-mana foto atau video yang anda ambil dengan kamera hadapan kini mempunyai opsyen kulit dilembutkan di penyunting media. Namun anda tidak payah kelihatan segak, anda memang kelihatan segak.

Penambahbaikan Orang Berdekatan

Video profil menjadikan bertemu orang baru sedozen kali lebih menarik, dan kami telah meningkatkan bahagian Orang Berdekatan untuk majlis tersebut.

Apabila orang hubungi anda melalui seksyen Orang Berdekatan, anda akan melihat sejauh mana jaraknya. Dan bila anda mulai chat dengan sesiapa berdekatan, Telegram akan mencadangkan stiker ucapan untuk memecahkan kesunyian. Mujurlah, semua stiker kami adalah ekstrovert.

Penambahbaikan Orang Berdekatan

Orang kini secara berhati-hati muncul dalam dunia baru yang berani ini, sudah tiba masanya untuk mencari rakan dan meramaikan manusia di dunia membandingkan koleksi stiker anda. Pergi ke Kenalan > Orang Berdekatan dan cuba ketuk 'Jadikan diri saya dapat dilihat'.

Gambar kecil mini

Pernah terfikir samada gambar yang baru dikirim hanyalah meme atau swafoto yang anda nantikan? Dapatkan idea tentang media yang ada dalam mesej dengan segera, terima kasih kepada gambar kecil senarai chat yang baru.

Gambar kecil mini dalam senarai chat

Gambar kecil baru juga akan muncul dalam notifikasi dan hasil carian mesej. Jangan sekali-kali kehilangan gambar kucing lagi.

Bercakap mengenai pratonton, anda boleh ketuk dan tahan gambar profil ke mesej pratonton tanpa membuka chat. Ciri ini berasal dari tahun 2018, tetapi kami mempunyai impian di mana sotong pandai bercakap memberitahu kami untuk menyebutnya di sini.

Tapis Chat Baru dari Bukan Kenalan

Terima kasih kepada Orang Berdekatan dan group sehingga 200,000 ahli, anda selalu dapat mencari seseorang untuk berbual. Tokoh awam kadang-kadang mempunyai masalah yang berlawanan dan mungkin ingin mengurangkan perhatian yang mereka terima - anda juga dilindungi kami.

Sekiranya anda menerima terlalu banyak mesej dari bukan kenalan, cubalah swis baru di aturan Privasi & Sekuriti untuk secara automatik mengarkib dan senyapkan chat baru dari orang bukan kenalan anda. Anda boleh mengakses chat ini pada bila-bila masa dari folder Arkib dan membawanya kembali ke senarai chat utama dengan satu ketukan.

Statistik Group

Pemilik group besar lebih daripada 500 ahli kini dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan perkembangan mereka. Statistik group juga memaparkan senarai ahli teratas berdasarkan nombor mesej dan berapa aksara secara purata dalam mesej mereka.

Sebenarnya, bilangan minima pelanggan untuk mendapatkan Statistik Channel telah dikurangkan ke 500. 🎉 Kami bercadang untuk membenarkan akses ke statistik group yang dianggotai oleh 100 ahli atau lebih dalam masa terdekat.

Tambahan untuk Android

Di Android, pemain muzik telah direka semula dengan ikon baru yang anggun dan senarai trek yang dapat diperluas. Ketuk butang gaya main di sebelah kiri untuk mengawal gelung, mengacak dan membalikkan urutan trek supaya senarai main anda dapat berjalan seiring dengan anda.

Bar input mesej akan berkembang secara lancar bila anda menaip mesej panjang. Penyunting video kini membenarkan memotong dan memutar video - untuk membantu anda menyembunyikan bukti yang anda merakam secara menegak.

Akaun Berbilang di Telegram Desktop

Telegram, membolehkan anda log masuk untuk 3 akaun dari nombor fon berlainan tanpa log keluar. Pengguna mudah alih kami telah menikmati ciri ini sejak 2017, dan hari ini sampailah pula giliran Telegram Desktop untuk pelbagai platform.

Seperti biasa, ini tidak langsung memerlukan sambungan aktif ke telefon anda - semua aplikasi kami adalah kesemuanya berdikari.

Lagi Emoji Beranimasi

Tentera emoji beranimasi kami sentiasa berkembang (nota kepada pembina berek secara sendiri). Untuk mendapat salah satu dari 👇dalam chat, hanya kirim mesej dengan satu emoji – dan lihat ia melompat dan hidup.

Berhati-hati kerana salah satu dari mereka menggigit. Dan kami tidak dibenarkan beritahu anda yang mana satu.

Jika anda mencari sesuatu yang interaktif, cuba kirim satu ⚽️ ke mana-mana chat untuk melihat kalau anda berjaya masukkan gol:

Dan Satu Lagi

Semenjak 2014, pengguna Telegram telah berkongsi fail sehingga 1.5 GB setiap satu, yang secara kebetulan adalah 93 kali lebih besar daripada 16 MB (yang merupakan nombor secara rawak, kami tidak pasti apa kemungkinan maksudnya).

Mulai sekarang, anda boleh kirim media dan fail tidak kira jenis apapun dan tanpa had – sehingga 2 GB setiap satu.


Dan itu sahaja untuk hari ini. Kami kini berada di pertengahan tahun - dengan lapan pembaharuan utama setakat ini dan sudah pasti selepas ini ciri yang telah lama dinanti-nantikan akan menjelma. Jangan ke mana-mana!


26 Julai 2020
Pasukan Telegram